Selasa, Jun 30, 2009
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu...
...Relakanlah aku menyinari planet lain,menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet lain...
*** Balasan Puisi si isteri***
Suamiku,andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu
kepada segala planet yang telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti akuperlukan cahayamu
dan...
akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaranmu...
AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...
MATAHARI atau lilin ?atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!!!
hehehe, faham ke?
Tak faham sendrik fikir ya..
Selasa, Mei 20, 2008
at 12:23 AM
asyik lawak Pak Pandir, jer sekarang lawak Texas pula.Di suatu kawasan pedalaman di Texas , seorang penternak yang mempunyai ladang ternak yang luas dan berjaya telah meninggal dunia dengan meninggalkan seorang balu yang masih muda dan cantik, namanya Janet.Janet membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya suaminya dengan mengambil alih ladang ternakan tersebut, tetapi dia tidak mempunyai kemahiran yang cukup untuk mengendalikan ladangnya.Jadi dia pun membuat keputusan untuk mengiklankan di dalam akhbar untuk mencari seorang pembantu yang akan mengerjakan ladang ternaknya dengan menawarkan gaji dan sebuah bilik di rumahnyasebagai tempat kediaman memandangkan ladang yang dimaksudkan hanya berada di belakang rumahnya.Selang beberapa hari kemudian ada dua orang pemuda yang memohon pekerjaan tersebut. Seorang gay, dan seorang kakimabuk. Memandangkan tiada sesiapa lagi yang memohon jawatan tersebut selain dari dua orang pemuda tadi, Janet terpaksa memilih salah seorang dari mereka. Setelah menimbangkan semasak-masaknya, Janetmemilih si gay, bernama John untuk bekerja dengannya, dengan anggapan bahawa dia berasa lebih selamat tinggal bersama seorang gay daripada tinggal dengan seorangpemabuk.Minggu demi minggu berlalu. John telah melakukan tugasnya dengan penuh tekun dan rajin. John kerap kali menghabiskan waktunya sehingga malam untuk membuat kerja-kerja di ladang ternakan.Ladangnya menjadi semakin berjaya dan ternakan semakin banyak membiak dan sihat-sihat belaka.Gembiralah si Janet ni tadi... keranaingin menghargai kerajinan si John ni, Janet pun berkata kepada John, "John, kau telah melakukan kerja dengan baik dan ladang ternakan pun kulihat semakin bagus, kau sepatutnya ambil cuti pergi kepekan berjalan-jalan untuk melegakan tekanan kerja..." Gembiralah John, dan pada suatu malam minggu, dia pun pergi ke pekan.Sampailah ke tengah malam, John tak pulang-pulang ke rumah. Pukul 1 tak pulang, pukul 2 tak pulang.. Pukul 2.30 pagi barulah John pulang kerumah.Sampai ke rumah, didapati Janet sedang menunggunya sambil duduk di sofa berhampiran unggun api."Buka butang bajuku dan tanggalkannya. " Kata Janet.John dengan tangan yang terketar-ketar dan perasaan yang terkejut, melakukan apa yang diarahkan."Sekarang, buka kasut but ku."John buat, perlahan sekali."Buka, setokin ku.."Dia buat juga."Sekarang, buka skirt ku."Dia buat juga."Sekarang buka baju dalamku ."Dengan tangan yang menggigil, dia buat apa yang disuruh."Sekarang... .buka seluar dalamku..."Dengan perlahan, dia melucutkannya ke bawah dan menanggalkannya.Kemudian, Janet pun memandang John, sambil berkata..."Sekali lagi kau pergi pekan dengan memakai pakaian aku, aku pecat kau on the spot.
sumber isuhangat
TANDA-TANDA SERANGAN PENYAKIT SIHIR ATAU MISTERI
at 12:51 AM
Jika anda mengalami salah satu dari tanda-tanda di bawah, anda berkemungkinan terkena sihir atau berpenyakit misteri !i) Malas untuk melakukan rutin seharian /amal ibadat /pekerjaan.Tiba-tiba anda malas melakukan kerja seharian yang anda biasa lakukan seperti malas ke pejabat, hilang minat untuk bekerja, malas untuk beribadat (seperti sembahyang, zikir, membaca al Quran). Hilang semangat ini juga adalah untuk aktiviti seks dan aktiviti-aktiviti bersama keluarga /saudara terdekat.ii) Tidak mampu untuk mengawal diri anda sendiri.Anda tidak berkemampuan untuk mengawal diri anda, hilang kawalan dengan tiba-tiba (yang menyebabkan anda pengsan, histeria, mudah marah, tension, tertekan, stress dengan tiba-tiba tanpa mampu anda mengawalnya.iii) Sentiasa alami gangguan semasa / sebelum tidur.Sukar untuk tidur, sentiasa terganggu semasa / sebelum tidur. Alami mimpi yang aneh / menakutkan, sering tersedar dengan tiba-tiba semasa tidur, terasa di tindih semasa tidur, gangguan fikiran sebelum tidur.iv) Dada / Jantung sentiasa berdebar-debarAlami penyakit dada / jantung berdebar dengan tiba-tiba (anda tidak tahu penyebabnya dan tidak boleh dikawal)v) Hilang selera makanGangguan selera makan dengan tiba-tiba dan berat badan turun dengan mendadak.vi) Masalah hubungan suami – isteriHubungan yang baik suami - isteri, tiba-tiba bermasalah. Rindu dengan suami / isteri bila berjauhan tetapi akan benci / sering bergaduh bila berjumpa / dirumah. Sentiasa bergaduh walau tiada sebab yang besar.vii) Suka Bersendirian / SedihAnda sering berasa sedih, duduk bersendirian, resah gelisah tanpa sebab munasabah, rasa diri sentiasa bersalah, berfikir untuk mati (membunuh diri), rasa seperti tidak berguna.viii) Kesan lebam pada tubuhTerdapat kesan lebam tanpa tahu puncanya. Kesan lebam ini terutamanya disekitar tangan, betis, lengan dan peha.ix) Berasa tidak tenteram dirumahRasa seram, takut, tidak tenteram dan tidak senang duduk di dalam rumahx) Ternampak / terdengar sesuatu yang pelikSering ternampak perkara pelik. Terdengar bisikan di telinga untuk melakukan perkara pelik seperti mencederakan diri sendiri, mencederakan orang lain, melakukan perkara yang tidak pernah dibuat sebelum ini. Bisikan ini biasanya meghasut untuk kearah perkara yang bersifat jahat, halusinasani dan sebagainya.xi) Melihat / bermimpi binatang.Melihat binatang berbisa seperti ular, kala jengking di dalam rumah. Bermimpi melihat binatang berbisa (ular, kala jengking), kucing, anjing. Bermimpi tentang kemalangan, darah, kematian yang pelik-pelikxii) Perniagaan terganggu dengan tiba-tiba.Perniagaan yang berjalan baik tiba-tiba terganggu. Jualan menurun dengan mendadak, pelanggan susah untuk datang ke kedai, kakitangan sentiasa bermasalah.xiii) Terhidu bau pelikTerhidu bau seperti darah, kemenyan, bau wangi tanpa diketahui puncanya.
sumber isuhangat.blogspot
.jpg)